WHERE ARE YOU REALLY FROM?

Semasa kami di Istana Budaya, seorang wanita Arab telah meminta untuk mengikuti rombongan kami untuk mendengar taklimat.

Sayapun ambil kesempatan bercakap dalam Bahasa Arab dengannya. Beliau bercakap Bahasa Arab Fusha dengan jelas, kelihatan sangat yakin walaupun bersendirian. Saya boleh agak beliau seorang berada dan berpendidikan.

Saya beritahu rombongan dari Jepun tentang wanita itu. Di dalam dewan auditorium saya tolong terjemah serba sedikit apa yang disampaikan wakil Istana Budaya.

Semasa pertunjukan tarian juga begitu. Beliau kelihatan seronok mendengar penjelasan saya.

Namanya Fatimah. Tinggal berdekatan dengan ‘al-Dar al-Baidak’ (Casablanca), Maghribi. Boleh berbahasa Perancis. Datang bercuti selama sebulan lebih dan tinggal di rumah saudaranya di sini.

Pada masa itu saya rasa bertuah dapat berkomunikasi dengannya dalam Bahasa Arab, sehinggakan beliau bertanya saya – Sebenarnya kamu berasal dari mana? Saya jawab – DARI MALAYSIA. Utara Malaysia.

#ustazahcardiff #UCspeakarabic

Leave a comment