Buku ini amat membantu saya menilai semula pengalaman p&p kelas2 yang saya kendali bagi tujuan penambahbaikan. Kebanyakan kajian dan contoh yang dipetik melibatkan Bahasa Inggeris tetapi konsep umumnya terpakai bagi bahasa lain yang diajar/dipelajari.1. Usaha pembinaan kosa kata tidak sia2, terutama bagi 2000 kata (word families) paling kerap kerana ia meliputi hampir 80% kata dalam kumpulan teks pelbagai genre. Untuk itu, saya sebagai guru lebih selesa menggunakan buku2 yang telah dirancang pembinaan kosa katanya dan tumpu kepada mengajar, berbanding menulis sendiri buku saya. 2. Jika mengajar bahasa asing bagi tujuan akademik/kerjaya, ajar 2000 kata paling kerap bersama kata khas (specialised vocabulary). Pemilihan teks yang mengandungi kata penting bagi sesebuah bidang dapat membantu pelajar menguasai kosa kata sehingga 90% kosa kata dalam teks. Bermakna, dia tidak tahu hanya satu patah kata dalam 10. Dan untuk mencapai tahap native speaker atau near-native speaker, pelajar perlu kuasai 95-98% (tidak tahu hanya 2-5 patah kata bagi setiap 100 kata).3. Konsep ‘learning burden’ dalam usaha mempelajari satu2 perkataan perlu guru faham supaya guru dapat mengurangkan beban yang pelajar perlu tanggung. Beban yang ditanggung pelajar untuk mempelajari satu2 patah kata bergantung kepada tahap kaitannya dengan bahasa ibunda pelajar/bahasa asing lain yang diketahui pelajar. Bagi Bahasa Arab komunikasi, saya kerap juga mengaitkan kata2 baharu dengan kata2 yang pelajar sudah pernah jumpa/dengar dalam al-Quran. Ini memudahkan mereka mengingat kata tersebut di samping memberi perspektif baharu kepada pembacaan al-Quran. 4. Langkah2 dalam membantu pelajar: a. Noticing – latih pelajar untuk memberi perhatian kepada sesuatu kata. Aktiviti: cari makna kata dalam kamus, teka makna dari ‘context’ atau guru beri penjelasan tentangnya. Bagaimana meransang pelajar untuk ‘notice’? Pilih bahan yang boleh menarik minat pelajar.b. Negotiation – aktiviti saling berkomunikasi untuk mencapai maksud tertentu. Negotiation yang berlaku antara seorang pelajar dengan gurunya dapat juga dimanfaatkan oleh pelajar lain. Jadi, sememangnya saya alu-alukan pelajar yang suka bergurau menggunakan kata2 baharu kerana interaksi kami dapat bantu pelajar lain belajar kata baharu. (Depa suka bidaah. Hehe) c. Retrieval – bila kata baharu dicapai kembali dan digunakan dalam latihan seterusnya. Retrieval tidak terjadi jika bentuk dan makna kata diberi serentak. Ini bermakna guru perlu pelbagaikan bahan yang diberi. Saya dapati, penggunaan video2 dan teks2 audio amat membantu proses retrieval ini, di samping menggalakkan pelajar baca bahan2 lain. Ok. Saya nak sambung baca tentang ‘retrieval’ kerana ia seperti sauh (anchor) cara pengajaran saya di dalam kelas.
#ustazahcardiff #UCvocabulary
